TPKian

Friday, 25 March 2016

Aidijuma 1





****

Aku suka tudung Adijuma. Dulu memang aku beli sebab kain elok dan corak pun boleh tahan (aku beli yang bercorak biasa je lah, yang corak cupcake, burung hantu, belon panas bagai tu aku tak berminat). Tapi yang tak berapa best, tambah-tambah lepas diorang buka booth tudung di mana-mana ekspo, semua orang pakat beli corak yang sama, kau pergi mana-mana pun jumpa orang pakai tudung sama dengan kau. Rasa macam kumpulan nasyid sekolah pulak. Haha. Nak eksklusif kena la beli label mahal sikit kann. Selalunya aku sendiri yang tegur "ehh tudung kita samaa! Kembar!". Aku tak kisah pun sebenarnya. Siap gelakkan orang yang beria mengelak bila nampak orang pakai tudung sama dengan dia. Why so serious?

*Aku buat-buat lupa je hutang korang dua komik, Stitches + Nenek Berkebaya Merah*


Sunday, 6 March 2016

Shopping!






***

Jangan kecam lukisan mall aku. Lol. 
Keluar nak beli berus gigi, balik bawa baju, sabun, hand cream, kasut, tudung, bla bla bla. Selalunya macam ni lah. Kalau pergi beli barang melukis lagi melampau lampau lampau lampau lampauuu. Barang melukis bukannya murah \(T^T)/

Tapi satu tabiat aku yang baik, aku memang akan pakai sampai betul-betul lusuh/rosak/habis. Tak akan ada yang terbiar tak digunakan :)
Good girl.