TPKian

Friday, 29 January 2016

404 Brain Not Found


Kejadian paling bodoh yang terjadi (tanpa rela) pada aku minggu ini jatuh kepadaa  *badum badum badum tssskkk*








 Itu apa tidur yang tidak mencukupi boleh buat pada otak kau, dia taknak bagi kerjasama dengan anggota badan yang lain.

Why brain, why??


Tuesday, 26 January 2016

Nenek Berkebaya Merah..


Aku baca pos baru dekat blog Amna. Baru perasan dah lama juga aku tak tengok/baca cerita seram. Memang aku akan cuba elak habis-habisan, dari tahun 2009 lagi.


Aku memang nak jumpa mak ayah aku tapi kalau boleh rumah sendiri lah paling aku nak elak  berkunjung. Waktu cuti memang berat hati nak balik. Pertama sekali, pernah tengok cerita The Conjuring? Ada babak badan mak budak tu lebam-lebam kan? Yep. Badan aku penuh lebam-lebam macam tu tiap kali balik rumah. Kaki tangan peha dada penuh lebam. Kadang-kadang sakit, kadang-kadang tak.

Nak bagi idea awal dekat korang apa benda yang buat aku jadi penakut sampai ke tua nanti, ni kes paling baru terjadi masa aku balik rumah minggu lepas







Dan malam itu jugalah tahap 100% kepercayaan terhadap mak aku tergugat, susut mendadak. Sampai hati kau Tok Chah, tinggal aku macam tu je dengan hantu.....
(tapi walaupun dia lari dulu, aku yang sampai dalam rumah sebelum dia. Punya lari tak cukup tanah!)

Semua ni, kisah benar, dari tahun 2009, semuanya gara2...nenek berbaju kebaya merah......

Bersambung...

Monday, 11 January 2016

Mood


My four moods:



Yang keempat tu paling selalu pakai. Tapi mak aku tak suka tengok anak keluar jalan pakai selipar, asyik kena ugut dia nak potong selipar aku je -___-