TPKian

Sunday, 19 June 2016

Makeup Tutorial









***

Ampun guys. Hahahaha. Aku rasa ni komik paling hambar aku pernah buat. Cerita dia, aku tengah mati kutu hilang arah tak boleh balik kampung walaupun final exam dah habis Khamis lepas. Bukan sebab tak ada kenderaan atau tiket bas, tapi tak berani nak ambil risiko perjalanan jauh dari Kuantan ke Taiping. Masuk hari ni dah hari ke 5 aku cirit birit. Dah lost count berapa kali berulang-alik ke tandas dalam masa sehari. Kau bayangkan jelah derita aku masa jawab exam. I almost shat in my jeans sebab nak keluar masa 15 minit pertama tapi pengawas dewan tak bagi. Dan semua orang asyik tanya kau makan apa Ben sampai jadi macam ni. Tak boleh nak bagi jawapan sebab aku makan banyakkkkk benda arghhh!!


14 comments:

  1. Joins bundel... Boooooo! Hahaha

    ReplyDelete
  2. nyaaann~ (boo) hahah minumlah air garam sebaldi

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku dah sembuh sepenuhnya lepas masuk air dekat klinik. Huhu.

      Delete
  3. Hahahaha.. Sis tolong mekapkan aku cat eyes tu. minat sangat

    ReplyDelete
    Replies
    1. Rm135.40 je dear. Tapi raya ni dah penuh tempahan, tggu raya haji

      Delete
  4. Bahahahahaha! Apa ni ben, macam mana kau tahu masalah aku dengan eyeliner ni. Nyaris buta aku nak sapu eyeliner masa mula2 try pakai dulu. Satu lagu, eyelash curler. This one is pure evil. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Silap langkah tercabut semua bulu mata katakauuu. Hahaha. Aku fail pakai eyeliner sebab rabun, tak nampak nak lukis :p

      Delete
  5. Seriously! Masa i nak apply maskara pun kadang2 susah. Tercucuk2 biji mata. Apatah lagi eyeliner begini. Silap2, terlukis komik kat kelopak tu. Fuhh..penatkan kita2 perempuan ni kan...

    Ah, aku lelaki rupanya. kbai

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kahkahkah amannnn buat seketika saya pun ingat aman prempuan

      Delete
  6. Kau makan apa Ben sampai jadi macam tu? *soalan ulangan*

    Mati-mati aku ingat kau sudah bertukar jadi blogger fashionista dah lepas ni. Hahahaha.
    Bundel, nasihat sikit tuan ang tu. Hahaha

    (btw, Taiping kat mana? Aku Taiping gak. Sungai Nyoq!)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hahaha mungkin boleh cuba lepas ni jadi blogger fashionista hijabistorrr

      Omo??!!! Cero pun orang taiping?? :O

      Delete
  7. Hahahaha, kemain nak tutorial ailaina bagai.. aku baru lepas kena ciribiri.. seksa baq hanggggg...wkwkkw

    ReplyDelete
  8. Saya pun serius ingat ni tutorial. Punyalah fokus baca. Huhu..

    ReplyDelete