TPKian

Friday, 25 March 2016

Aidijuma 1





****

Aku suka tudung Adijuma. Dulu memang aku beli sebab kain elok dan corak pun boleh tahan (aku beli yang bercorak biasa je lah, yang corak cupcake, burung hantu, belon panas bagai tu aku tak berminat). Tapi yang tak berapa best, tambah-tambah lepas diorang buka booth tudung di mana-mana ekspo, semua orang pakat beli corak yang sama, kau pergi mana-mana pun jumpa orang pakai tudung sama dengan kau. Rasa macam kumpulan nasyid sekolah pulak. Haha. Nak eksklusif kena la beli label mahal sikit kann. Selalunya aku sendiri yang tegur "ehh tudung kita samaa! Kembar!". Aku tak kisah pun sebenarnya. Siap gelakkan orang yang beria mengelak bila nampak orang pakai tudung sama dengan dia. Why so serious?

*Aku buat-buat lupa je hutang korang dua komik, Stitches + Nenek Berkebaya Merah*


24 comments:

  1. Aku pernah jumpa org pakai sama baju ngn aku. So, Aku jalan ke dia nak mintak amik gmbr... Tp dia cepat2 bawak family dia lari. Hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. You creepy dude. Hahahaha. Kalau aku nak je bergambar, funny kot. Patut kau kejar bagi dia trauma.

      Delete
    2. Well baju aku tu actually baju yg aku rasa agak mahal. Hackett apa ntah. Sepupu aku beli dan beri hadiah kt aku.

      So mungkin dia punya ciplak kot. Hahaha. Tu dia lari tu

      Delete
  2. Mungkin juga aku punya yg ciplak. Ommoo

    ReplyDelete
  3. Sebagai pengguna tegar adijuma, i approve ths! Hahahaha nasib aku selalu terjumpa je tanpa menyarungkan corak yg sama and yep, aku pun xsuka corak tah pape.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeay geng!! Nanti kita pakai tudung sama k zygha.

      Delete
  4. kehkeh..lawak ni diluluskan tanpa tapisan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. hehe pakai aidijuma juga ke pengantin baru ni?

      Delete
  5. Jaga-jaga Beng.. Nanti ada yang screen cap komik ko. Hahahaha.

    Aku tak pakai Aidijuma. AKu pun xtau nape. Mungkin sebab aku lebih selesa curi tudung adik-adik untuk dibuat harta dan adik-adik aku tak pakai Aidijuma. Plus.. Aku suka bawal kosong. Plain dan 83 gittew

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alaaaa komik macam ni pun ada orang nak screencap kee. Letih2. Hahaha. Kau pakai tudung curi Day! Aku basuh kepala kau dengan air anugerah nanti

      Delete
    2. Ben, komikkan dan post kt BOTK. gerenti ramai yg viralkan sbb ramai yg blh relate, hahah

      Delete
    3. Aku stuju tu ngn day n zygha!! Before orang lain curi dan viral kan. Aku rase ni kompem ramai leh relate. Aku selalu pakai tudung ala bibik tu, sudu keras.. wane itam. Forever black. XD

      Delete
  6. Ahahaah! Juma punya tudung corak dia menarik dan affordable kan. Sebab tu ramai beli. Tapi aku tak reti pkai bawal sebab forever tudung tak jadi and herot je.. aku give up. Ahaha! Setiap kali jumpa kembar and ko wat selfie dri jauh kumpul. post sini. menarik tu. XD

    ReplyDelete
    Replies
    1. Aku punnn. Herot berot. Lepas tu mak aku belikan fabric starch, sejak tu tudung aku dah cantik terletak. Taknak dah pakai tudung aidijuma, tunggu part 2 aku cerita kenapa.

      Delete
    2. Weh? Pd aku tudung Juma la yg paling senang jadi sekali di dunia! Kain dia mudah terbentuk :O

      Delete
    3. yang plain lembut sikit, aku pakai kelepet2. Yang bercorak memang terbentuk elok :D
      Sebelum aku tau starch tu wujud, dari zaman sekolah do tudung kelepet *note: dekat sekolah berasrama aku dulu tudung sekolah = tudung bawal putih*

      Delete
    4. Ahahaha. Aku sembur starch dah!! Tak jadi gak. Aku tak da bakat pakai tudung *cryingaloneinthecorner

      Delete
  7. hahahahha.. aku pernah gak jumpa orang pakai sama baju dengan aku.. hahahaha.. tapi kami cool jer buat buat tak nampak.. kah kah kah

    ReplyDelete
    Replies
    1. who wore it better, aujinz or stranger. Jajaja

      Delete
  8. ben dh kembali aktif, ak yang terlambat rupanya

    ReplyDelete
  9. Comelnya komik tu ! Perempuan, biasala kekadang segan sikit kalau org pakai baju/tudung yg sama tapi duhh apedehal kan

    ReplyDelete
  10. Once aku pernah pakai baju Doraemon design muka,
    aku terjumpa seorang stranger pakai baju Doraemon design badan dia yg ada poket.
    Bila bertemu muka kamipun tersenyum sipu.
    Nasib masa tu tak pakai smartphone berkamera lagi, kalau tak mesti ajak snap selfie. Hehe

    ReplyDelete
  11. org kata, perempuan kurang gemar pakai baju yg sama dgn perempuan yang lain.. XD

    yeahh.. jumpa jugak blog ini hehe

    ReplyDelete