TPKian

Sunday, 28 February 2016

Selfie Neraka 3







***

Ingat kawan je troll aku, universiti pun dah join sekaki. Mampu berhuhu je sampai sudah. Kalau tak, mau aku bakar semua stok yang ada. Dahlah jurugambar salah hantar gambar orang lain yang ambil skroll, call tak berangkat, makin berhuhu la aku. Lepas tu, bukan main aku kena bahan.  

Taklah hodoh sangat sebenarnya, cuma segan. Aku memang tak suka bergambar, tahap fotogenik aras rendah, dan mungkin taknak orang judge artworks aku berdasarkan rupa kot :)

(Lol. Yeke tak hodoh? Tapi kawan baik aku, Wan dengan Nuar cakap seumur hidup kenal aku, aku paling lawa time grad kot. Hahahahaha. Mentang2 aku asyik sarung tshirt, jeans je. Sampai kalau aku tanya pasal nak beli baju ke, diorang tanya dulu, lawa dari baju grad ke tak. Kira penanda aras la. Tacing juga, aku pakai peplum je pun. Selama ni hodoh gila la kiranya. Cis.)



26 comments:

  1. Mohon share gmbr dlm buku sekali. Ehem ehem

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nooooo. Entah kat mana aku sorok (dalam segan2, simpan juga buku tu. Hehe)

      Delete
  2. Takpe Ben, ko belajo kat U mana, nanti aku cari. Kah kah kah ~

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kau nak aku bakar universiti aku ke? Haaaa.

      Delete
  3. Ini deja vu. Aku lagi best. Gambar buruk aku dipapar di buletin board untuk tatapan umum sepanjang semester.. Gelemer aku lepas tu. *tolong bakar sama.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Gelemer gila kau yura. Mesti pelajar cemerlang terbilang gemilang ni!

      Babe, aku pun pernah sebab masa tgkap gmbar untuk letak dekat board sekolah, aku suruh org tu tangkap lagi sekali tapi dia kata tangkap banyak kali pun muka buruk juga. Huhu. Jujur gila. Terpapar lah muka mata kuyu satu semester.

      Delete
  4. Ahahahahahaha Ben.. Aku punya gambar grad memang xnak tengok sampai bila-bila dah. Tak sangka nasib ko lagi malang. orang lain pun boleh tatap gambar ko time grad. Marilah berhuhu bersama

    ReplyDelete
    Replies
    1. Huhu aku tak berkesudahan. Gambar grad pun entah siapa punya la aku dapat.

      Delete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. This blog is awesome, gonna bookmark and spent my whole day reading it. Ah btw, Abam Apam sent me here with love and cookies. :v

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thankyou2 :D Gemuk la lepas ni dipenuhi kasih sayang dan cookies. Huhu

      Delete
  7. Hahaha. Pada aku gambar masuk buku U okey lagi Ben.
    Aku pernah kena interview masuk TV tanya azam baru utk satu rancangan ni.
    Bila aku tengok balik program tu, terus menangis lari masuk bilik tak keluar seminggu.
    Itu rupanya muka aku selama ni. Cermin tipu. Hahaha...ha...ha...hm...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Omg! Ada chance nak tgk abam cero. Apa nama rancangan? Link youtube? Alamat mana alamat? Nak SIGN!!!!!!!

      Delete
    2. Ngahahahaha mata kau cuba memujuk hati, berpakat dengan cermin menipu. Cepat bagi link!!!

      Delete
  8. konsep dia sama mcm: bila kita upload selfie kenmain cun melecun tp dlm gambar yg org lain tangkap ya ampun mcm $%^&#$ rupanya.

    ha gitu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dan kebenaran di pihak gambar yang orang ambilkan. Jajaja

      Delete
  9. Power betul mereka yang boleh melukis ni...jealous rasa hati T___T


    ReplyDelete
  10. hehehe.. 'penanda aras' tu lucu.. ;)

    ReplyDelete
  11. haha bila kita ambik gmbr org purrfect
    bila org ambil gmbr kita porrrah!!

    ReplyDelete
  12. Ahahahahaha... sakit perut gelak awal-awal pagi. Pergh, lukisan gambar buruk tu, over sangat tu..

    ReplyDelete
  13. lain orang lain dia punya view kot..haha

    ReplyDelete