TPKian

Friday, 9 December 2016

Abang



Dalam bulan Ogos kot, dapat balik kerja awal, sementara tunggu maghrib tengok la drama Sayangku Kapten Mukriz. Aku tak kisah sangat dengan percintaan antara askar dan doktor dalam drama tu, tapi aku rasa membongak betul hubungan baik doktor tu dengan abang dia yang juga seorang askar. Hahahaha

Membesar sebagai seorang yang berbadan sihat dengan 3 orang abang bukan benda mudah (Aku memang berbadan besar dari lahir, ditambah pulak mak aku buka kedai makan, balik sekolah aku pergi kedai, tunggu mak tutup kedai sambil makan makan makan sampai malam. Masuk asrama baru jadi kurus sekeping). Masih terasa lagi stokin sekolah Achik yang dia sumbat dalam mulut aku, kena gusti, kena ejek, kena pulau time diorang main sebab perempuan mana boleh join game orang laki, kena buli macam-macam sampai taktau nak senarai mana satu. Lol. Angah aku pendiam, so dua ekor hantu si Aman dan si Achik ni lah kepalanya. Sepanjang hidup aku tak pernah lagi aku dengar 3 ekor ni puji aku apa-apa (dekat belakang taktau la)

Tapi, diorang je boleh ejek aku. Orang lain ejek aku gemok ke bodoh ke, mati la kau. Part paling aku yaking yang hujung-hujung hati diorang sayang aku, kalau aku balik rumah/nak pergi jauh tinggalkan rumah, diorang usap kepala aku. Paling cikai pun soft pat. Awkwardddd. Kalau pukul 2,3 pagi aku lapar, Achik jugak yang masakkan. Pernah sekali ada accident teruk depan office, laju je Achik call aku tanya aku okay ke tak sebab dia takut aku yang kena langgar. Masa baru-baru ni aku accident, mak aku tak bagitau diorang pun, uish balik rumah kot padahal aku okay je siap berlari (okay tipu). Aman pulak kalau birthday aku, selalu bagi apa yang aku nak. Angah sampai aku dah tua ni suka belanja jajan. Rupanya, sayang ni tak perlu diucap. Kadang-kadang boleh ditunjuk melalui perbuatan.

Sekarang masing-masing dah besar, aku macam tak percaya pulak dua ekor tu dah berkeluarga beranak pinak. Nasib la ada juga yang nak. Kahkahkah. Kakak-kakak ipar aku pun baik. Masa sebelum kahwin, aku ingat isteri Aman tanya Aman macam mana, haram aku taktau nak jawab apa. Sekarang tak sangka boleh keluar makan sama-sama, jalan sama-sama, sembang pasal anaklah kerjalah semualah. Ehem, tak habis lagi. Buli secara fizikal tu tak ada dah, tapi sesi membuli dengan perkataan tu masih berjalan. Aku masih lagi adik yang berbadan besar dan hodoh di mata mereka.

Diorang patut bersyukur ada adik yang baik macam aku. Kalau aku jahat, memang tak selamat la korang. Aku banyak tau rahsia kot. Contohnya, time korang tipu ayah lari keluar pergi tengok konsert Rock the World. Belum bab merokok. Bab itu, ini. Hmmm. Baiknya aku.

Entah apa aku merepek malam ni. Baru lepas lepak dengan Aman dekat Wangsa Walk, makan waffle A&W. Tu yang tiba-tiba terfikir, babe, aku tak pernah sangka ini akan terjadi. Aku tak pernah sangka kau nak jadi sematang ni :p

Brothers, i love you **yekkk**




Thursday, 1 December 2016

Tudung






***

Sebagaimana yang diketahui umum, tudung/rambut adalah antara perkara yang memberi pengaruh besar kepada mood para gadis. Tudung tak jadi pagi ni? Mau sampai subuh esok mood tak baik. Tapi malangnya, budak-budak tak nampak idea ni. Tudung tu lah buat lap air liur, tudung tu lah jadi mainan, tudung tu lah yang takung jeluak, tudung tu jugalah yang menarik perhatian. Nasib baik comel!

Ingat bila tak pakai tudung boleh selamat? Nope :')




Cantik Tak?


*** aku dalam proses kemaskini blog yang dah lama dipinggirkan, minta maaf banyak-banyak spam/post komik lama.













***

Terima kasih mak dan ayah. Tiap-tiap hari aku tanya aku cantik ke tak, tiap-tiap hari jugak diorang jawab cantikkkk *sambil abang kakak adik aku dekat belakang menganjing, loya sambil buat muka meluat :')

Sejujurnya, aku betul-betul ada masalah kurang keyakinan diri dengan rupa dan fizikal aku tapi makin berusia, makin aku dapat mengatasi masalah ni dengan baik. Tak ada masa dah nak pikir pasal pandangan orang, 1001 benda lagi nak dikejar. Dari hari ke hari, aku makin selesa dengan badan aku, makin yakin nak bercakap dengan orang. 

Mungkin sebab ni juga lah kot aku taknak dedahkan muka, takut pembaca hampa dan judge; apabenda lukis OC cantik rupanya berwajah sendu. Lolol.





Wednesday, 17 August 2016

Saturday, 25 June 2016

Lupa






****

Aku ada potensi buat satu family sehelai sepinggang raya nanti. Suruh tengok dapur, dapur terbakar. Suruh tengok mesin basuh, bilik membasuh banjir. Suruh belajar, belajar malas. Apa pun tak boleh.

Sunday, 19 June 2016

Makeup Tutorial









***

Ampun guys. Hahahaha. Aku rasa ni komik paling hambar aku pernah buat. Cerita dia, aku tengah mati kutu hilang arah tak boleh balik kampung walaupun final exam dah habis Khamis lepas. Bukan sebab tak ada kenderaan atau tiket bas, tapi tak berani nak ambil risiko perjalanan jauh dari Kuantan ke Taiping. Masuk hari ni dah hari ke 5 aku cirit birit. Dah lost count berapa kali berulang-alik ke tandas dalam masa sehari. Kau bayangkan jelah derita aku masa jawab exam. I almost shat in my jeans sebab nak keluar masa 15 minit pertama tapi pengawas dewan tak bagi. Dan semua orang asyik tanya kau makan apa Ben sampai jadi macam ni. Tak boleh nak bagi jawapan sebab aku makan banyakkkkk benda arghhh!!


Wednesday, 15 June 2016

Janggal


*ini bazar ya rakan-rakan. lulz*







***

Korang kalau nak betul-betulkan tudung ke rambut ke baju ke gigi ke hidung ke perhati dulu dalam kereta ada orang ke tak. Ni baru kereta, yang betulkan diri dekat tingkap kelas dia taktau kitorang yang dalam kelas ni macam nak nangis ketawakan dia.

Aku tak pernah lagi kantoi betulkan tudung dekat kereta orang...tapi....hmm...aku pernah...hmmm salah masuk kereta. Sampai sekarang terngiang bunyi ketawa riang 4 jejaka dalam kereta tu :) 
*dudukpeluklututbawahampaian*

Saturday, 11 June 2016

.


Di bulan romadon ini...








...menjadi mimpi ngeri para wanita apabila period datang di waktu hampir berbuka. Huhuhuhuhu

Friday, 10 June 2016

Selfie Neraka 4


Gambar dalam media sosial:


Dalam dunia sebenar:


 Gambar dalam IC, lesen, passport, kad pelajar dan dokumen penting yang lain:

***

Kau apa tau. Gambar IC aku tak ada batang hidung kot *menangistepimesinbasuh*

Aidijuma 2


Okay. Hari tu aku cakap aku dah tak berapa nak pakai tudung Aidijuma sebab pergi mana-mana pun jumpa orang pakai tudung yang sama kan. Tapi sebenarnya, sebab utama dia (maaf la kalau tak senonoh sikit), benda yang pernah jadi ni :





Dan itulah kali terakhir aku pakai tudung Aidijuma tu, dan start tak pakai sangat tudung yang lain. Kalau pakai mau kena bahan dari pagi sampai petang. Syetsyetsyettan betul budak kelas aku.

***

Kadang-kadang geram juga aku dengan Facebook ni. Tengah seronok skroll tiba-tiba keluar gambar dan post tak senonoh. Kalau skroll depan mak ayah tiba-tiba keluar gambar bogel, kau rasa? Tak pulak dua orang tua tu semput mengucap panjang?? 

Thursday, 26 May 2016

Potato Bun


From: Your crybaby & Bundel the Cat























To: One and only Gomi

Happy Birthday....

***

Haha. Every single birthday mesti aku teringat kek bun potato hodoh ni. 3rd wave is coming, Ramadhan and Aidilfitri. But, i have cats at home temankan, so i got that going for me, which is nice. Bla bla bla.

Sorry guys, so random, and cheesy meesy.

Selamat menjalani ibadah puasa nanti :)