TPKian

Thursday, 1 December 2016

Tudung






***

Sebagaimana yang diketahui umum, tudung/rambut adalah antara perkara yang memberi pengaruh besar kepada mood para gadis. Tudung tak jadi pagi ni? Mau sampai subuh esok mood tak baik. Tapi malangnya, budak-budak tak nampak idea ni. Tudung tu lah buat lap air liur, tudung tu lah jadi mainan, tudung tu lah yang takung jeluak, tudung tu jugalah yang menarik perhatian. Nasib baik comel!

Ingat bila tak pakai tudung boleh selamat? Nope :')




Cantik Tak?


*** aku dalam proses kemaskini blog yang dah lama dipinggirkan, minta maaf banyak-banyak spam/post komik lama.













***

Terima kasih mak dan ayah. Tiap-tiap hari aku tanya aku cantik ke tak, tiap-tiap hari jugak diorang jawab cantikkkk *sambil abang kakak adik aku dekat belakang menganjing, loya sambil buat muka meluat :')

Sejujurnya, aku betul-betul ada masalah kurang keyakinan diri dengan rupa dan fizikal aku tapi makin berusia, makin aku dapat mengatasi masalah ni dengan baik. Tak ada masa dah nak pikir pasal pandangan orang, 1001 benda lagi nak dikejar. Dari hari ke hari, aku makin selesa dengan badan aku, makin yakin nak bercakap dengan orang. 

Mungkin sebab ni juga lah kot aku taknak dedahkan muka, takut pembaca hampa dan judge; apabenda lukis OC cantik rupanya berwajah sendu. Lolol.





Wednesday, 17 August 2016

Saturday, 25 June 2016

Lupa






****

Aku ada potensi buat satu family sehelai sepinggang raya nanti. Suruh tengok dapur, dapur terbakar. Suruh tengok mesin basuh, bilik membasuh banjir. Suruh belajar, belajar malas. Apa pun tak boleh.

Sunday, 19 June 2016

Makeup Tutorial









***

Ampun guys. Hahahaha. Aku rasa ni komik paling hambar aku pernah buat. Cerita dia, aku tengah mati kutu hilang arah tak boleh balik kampung walaupun final exam dah habis Khamis lepas. Bukan sebab tak ada kenderaan atau tiket bas, tapi tak berani nak ambil risiko perjalanan jauh dari Kuantan ke Taiping. Masuk hari ni dah hari ke 5 aku cirit birit. Dah lost count berapa kali berulang-alik ke tandas dalam masa sehari. Kau bayangkan jelah derita aku masa jawab exam. I almost shat in my jeans sebab nak keluar masa 15 minit pertama tapi pengawas dewan tak bagi. Dan semua orang asyik tanya kau makan apa Ben sampai jadi macam ni. Tak boleh nak bagi jawapan sebab aku makan banyakkkkk benda arghhh!!


Wednesday, 15 June 2016

Janggal


*ini bazar ya rakan-rakan. lulz*







***

Korang kalau nak betul-betulkan tudung ke rambut ke baju ke gigi ke hidung ke perhati dulu dalam kereta ada orang ke tak. Ni baru kereta, yang betulkan diri dekat tingkap kelas dia taktau kitorang yang dalam kelas ni macam nak nangis ketawakan dia.

Aku tak pernah lagi kantoi betulkan tudung dekat kereta orang...tapi....hmm...aku pernah...hmmm salah masuk kereta. Sampai sekarang terngiang bunyi ketawa riang 4 jejaka dalam kereta tu :) 
*dudukpeluklututbawahampaian*

Saturday, 11 June 2016

.


Di bulan romadon ini...








...menjadi mimpi ngeri para wanita apabila period datang di waktu hampir berbuka. Huhuhuhuhu